Wednesday, September 30, 2009

Kebaktian umum 27/9/1007

Bakal Tumpuk En.Sani Angak memulakan kebaktian dengan doa pembukaan kebaktian

Pemimpin kebaktian dari belia dan back up singer ibu-ibu. Muzik tidak dapat digunakan kerana
masalah blackout bekalan eletrik.




Pn. Inonsiha Uhou sedang menyampaikan kotbah : Matius 14 : 21-23





Pemimpin kebaktian Cik Roziah Opiin backup singer Pn. Mailin dan Pn. Jenny






Bapa-bapa sedang menyampaikan kesaksian lagu







Ringkasan Kotbah Matius 14 :21-23 Yang ikut makan kira-kira lima ribu laki-laki tidak termasuk perempuan dan kanak-kanak. Sesudah itu Yesus segera memerintahkan murid-muridnya naik ke perahu dan mendahuluinya ke seberang. sementara itu ia menyuruh orang banyak pulang. Dan setelah orang banyak itu di suruhnya pulang. Yesus naik ke atas bukit untuk berdoa seorang diri. Ketika hari sudah malam , Ia sendirian di situ

Tema : Kemendirian gereja tanggungjawab kita bersama
Sub tema : Kuasa Antad sid kinoringan di otopot @ Kuasa dari Allah yang benar




Penyampai firman Tuhan Pn. Inonsiha sedang memipin jemaat dalam doa safaat

Wednesday, September 23, 2009

Kebaktian Kesyukuran Keluarga Osita Jima

Penatua Gereja En. Mojuning Bidin sedang menyampaikan Doa Berkat
En. Ositak Jima , En. Akion Ositak dan Pn. Ontoying Magampis sedang berdoa

Keluarga En. Ositak sedang diberi bantuan doa oleh Peminpin gereja dan anggota Jemaat
En. Ositak dan keluarga mengucap syukur kepada Tuhan kerana anak mereka En. Akion berbaju merah telah lulus latihan dan mula bertugas sebagai Tentera Laut di raja Malaysia,

En. Sani Angak sedang menyampaikan Firman Tuhan Mazmur 121:1-5

Pemimpin kebaktian, backup singer dan pemain muzik -belia PCS Bonduk

Kebaktian Kesyukuran
Tarikh : 22/09/2009
Tempat : Gereja PCS Bonduk
Masa : 7.30 Malam

Sunday, September 20, 2009

Kebaktian Umun 20/9/2009





Tpk. Lius Mauzil Sedang menyampaikan Firman Tuhan, Injil Yohanis 3:1-15
Tema : Lahir baru

Yohanis 3 : 1-15 Adalah seorang Farisi yang bernama Nikodemus,seorang pemimpin agama Yahudi. Ia datang pada waktu malam kepada Yesus dan berkata,"Rabi kami tahu bahawa engkau datang sebagai guru yang diutus Allah;sebab tidak ada seorangpun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang engkau adakan itu, jika Allah tidak menyertainya" Yesus menjawap,katanya "Aku berkata kepada mu,sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat kerajaan Allah." Kata Nikodimus kepadanya. " bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau ia sudah tua? Dapatkah ia masuk kembali ke rahim ibunya dan dilahirkan lagi"? Jawab Yesus" Aku berkata kepada mu , sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh ia tidak dapat masuk ke dalam kerajaan Allah. Apa yang dilahirkan dari daging adalah daging, apa yang dilahirkan dari Roh adalah Roh. Janganlah engkau heran, kerana aku berkata kepadamu, kamu harus dilahirkan kembali. Angin bertiup kemana ia mau dan engkau mendengar bunyinya, tetapi engkau tidak tahu dari mana ia datang atau kemana ia pergi. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap orang yang lahir dari Roh". Nikodemus menjawab, katanya," Bagaimana mungkin hal itu terjadi?" Jawb Yesus," Engkau adalah pengajar Israel dan engkau tidak mengerti hal-hal itu?. Aku berkat kepadamu, sesungguhnya kami berkata-kata tentang apa yang kami ketahui dan kami bersaksi tentang apa yang kami lihat, tetapi kamu tidak menerima kesaksian kami. kamu tidak percaya, waktu aku berkata kepada mu tentang hal-hal duniawi, bagaimana kamu akan percaya, kalau aku berkata-kata tentang hal-hal surgawi? Tidak ada seorang pun yang telah naik ke sorga, selain daripada dia yang telah turun dari sorga iatu Anak manusia. Dan sama seperti musa telah meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan. Supaya setiap orang yang percaya kepadanya beroleh hidup yang kekal.

Ringkasan Kotbah

1. Apakah orang Kristian perlu lahir baru? Ada yang menjawab perlu dan ada juga yang menjawap tidak perlu. Yesus menjelaskan kita mesti di lahirkan kembali baru boleh masuk ke dalam kerajaan Allah.

2. Mesti ada perubahan setelah kita jadi kristian yang ada lahir baru. Sebagai contoh orang yan pemarah setelah mengalami lahir baru akan menjadi Panjang sabar. Mesti ada perubahan dari segi penampilan dan tingkalaku.

3. Dalam Jemaat Sikuati D masih ada yang tidak menerima perubahan khususnya pendekatan belia. Maka sang perlu agar setiap anggota jemaat kita ada lahir baru kerana orang yang tidak ada lahir bar tidak ada keselamatan.

4. Anggota Jemaat yang adalah lahir baru secara Iman akan memberikan sumbangan kepada Gereja agar gereja kita dapat mencapai kemedirian

Kesimpulan : Siapa yang tidak dilahirkan kembali tidak akan melihat kemuliaan Allah. Belia seterusnya mengajak jemaat untuk didoakan agar mengalami lahir baru kepada yang belum mengalami lahir baru. Amen.


Hari jadi bersama anggota Jemaat yang lahir pada bulan September.
Tpk. Lius sedang mengundang dan mendoakan Jemaat yang belum ada lahir baru.
Ibu-ibu sedang menyampaikan choir





Sebahagian Jemaat yang menghadiri kebaktian pada 20/9/2009



En Sani sedang berdoa bagi anak-anak sekolah minggu




Pemimpin Kebaktian En. Marbevy Teofilus, backup singer belia, muzik team 3 , kesaksian Ibu-ibu dan pengkotbah Tpk. Lius Mauzil.

Monday, September 14, 2009

Kebaktian Umun 13/9/2009


En. Timpui Akat sedang menyampaikan Kotbah Teks Mazmur 100 : 1-5

Mazmur untuk korban syukur. Bersorak-sorailah bagi Tuhan,hai seluruh bumi. Beribadalah kepada Tuhan dengan sukacita, datanglah ke hadapannya dengan sorak-sorai. Ketahuilah bahawa Tuhan lah Allah. Dialah yang menjadikan kita dan punya dialah kita umatnya dan kawanan domba gembalaannya. Masuklah melalui pintu gerbangnya dengan nyanyian syukur,ke dalam pelatarannya dengan puji-pujian bersyukurlah kepadanya dan pujilah namanya. Sebab Tuhan itu baik, kasih setianya untuk selama-lamanya dan kesetiaannya tetap turun temurun.

Ringkasan Kotbah : Tuntutan Tuhan kepada setiap orang Kristian

1. Ulangan 6 : 13 Engkau harus takut akan Tuhan, kepada dia harus engkau beribadah dan demi nama nya haruslah engkau bersumpah

2. Muliakan Tuhan dengan harta mu. Maliaki 3: 8-9 Kita menipu Tuhan dengan tidak membayar persembahan persepuluhan.

3. Jangan menyembah Tuhan yang lain kerana Tuhan kita Tuhan yang cemburu


Janji Tuhan jika kita setia menuruti perintahnya

Amsal 1: 33 Tetapi siapa mendengarkan aku ia akan tinggal dengan aman,terlindung daripada kedahsyatan malapetaka

Maliaki 3: 10 Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke rumah perbendaharaan,supaya ada persediaan makanan di rumah ku dan ujilah aku,Firman Tuhan semesta alam apakah aku tidak membukakan bagi mu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan


Pemimpin Kebaktian Pn. Alifah Ojumbing, Muzik team 1dan backup singer bapa-bapa
Pengkotbah : En Timpui AKat

Ucapan Takziah

Tanah perkuburan orang-orang kristian Kg.Bonduk

Majlis gereja Merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga :

1. En. Jeffrin Kinsim dan Efazuin yang mana anak bungsu mereka telah meninggal pada 10/9/2009

2 Pn. Tooi dan anak-anak kerana suaminya/bapa mereka Mendiang En. Garim Majidam telah
di panggil Tuhan pada 1/9/2009

Yohanis 11 : 25-26 Jawap Yesus." Akulah kebangkitan dan hidup. Barang siapa percaya kepadaku ia akan hidup walaupun sudah mati. Dan setiap orang yang percaya kepadaku tidak akan mati selama-lamanya."

Jenazah mereka telah di kebumikan di tanah perkuburan orang-orang kristian Kg. Bonduk

Ucapan setingi-tinggi terima kasih



En. Ingku Mengiat

AJK Majlis Gereja PCS Bonduk merakamkan setinggi terima kasih kepada EN. Ingku Mengiat yang secara sukarela telah memberikan 0.5 ekar dari tanahnya untuk tapak gereja PCS Kg.Bonduk hanya Tuhan yang mampu membalas berkat yang telah di berikan.

AJK Majlis Gereja PCS Bonduk

AJK Majlis Gereja PCS Bonduk (2009-2012)

Penatua 1 - En. Majuning Bidin(Kerohanian)
Penatua 2 - En. Timpui Akat
Setiausaha - En. Jealin Mozihim
Pen. Setiausaha - Pn. Nelly Mohiba
Bendahari - Pn. Inonsiha Uhou
AJK - En. Sani Angak(Pembinaan warga Jemaat)
AJK - En. Jolius Bidin (Penatalayanan)
AJk - Cik Ruziah Opiin(Belia)
AJK - Pn. Mailin Soborong (Wanita)
AJK - Pn. Rutly Odiah(ASM)
AJk - En. Kinsim Bidin (Kebajikan)
AJK - Pn. Suzanah Osukin(Kebersihan)
AJk - Cik Emily Sani(Muzik)
AJK - En. Marasun Garim( Pengurusan Tanah Gereja)
AJK - Cik Mahani Kinsim(Harta benda gereja)

Ketua Gereja

1. En. Marasun Garim
2. En. Timpui Akat

Gereja anak-anak sekolah minggu


Anak-anak sekolah minggu sedang menyampaikan koir pada 13/9/2009


Gereja anak-anak sekolah minggu Jemaat Pcs Bonduk

Gereja PCS Bonduk










Gereja PCS Bonduk


Kebaktian Umum : Jam 2 Petang Setiap hari Ahad
Persekutuan Doa : Jam 8 malan setiap hari Rabu
Kebaktian Keluarga : Ahad selepas kebaktian umum

Saturday, September 12, 2009

Sejarah Gereja PCS Bonduk


Sejarah Jemaat PCS Bonduk

Pada tahun 1967 beberapa keluarga telah menjadi orang kristian iaitu keluarga mendiang En. Tangalung Baju, En. Mongimbal Jangka, En. Bilukon Minjam, En. Magab Dawah dan En. Lekuh Minjam. Pada masa tersebut tidak ada gedung Gereja maka kebaktian hari minggu diadakan di rumah panjang Kg. Bonduk

Pada penghujung tahun 1968 sebuah gereja berukuran 10' x 12' telah didirikan dan En. Majatig yang menjadi pelayan Gereja. Tahun 1969 lebih separuh penduduk Kampung Bonduk telah menjadi Kristian.

Pada Tahun 1970 atas bantuan missioari dari Station PCS Sikuati
maka satu bangunan Gereja PCS Bonduk berukuran 20' X 30' telah dibina di tapak tanah Gereja PCS Bonduk, di mana pada masa ini telah dijadikan sebagai Tanah Perkuburan orang-orang Kristian Kg. Bonduk.

Kedudukan Gereja pada masa itu agak jauh dari rumah-rumah penduduk kampung Bonduk ini kerana semasa pembinaan gereja tersebut bukan sahaja penduduk dari Kg. Bonduk yang datang beribadah ke Gereja PCS Bonduk tetapi juga dari kampung berhampiran iaitu dari Kg. Garau dan Kg. Nongkul

Pada tahun 1990 Jemaat PCS Bonduk telah mendapat sebuah gereja baru berukuran 24' x40' peruntukan dari Kerajaan Negeri Sabah dan didirikan di tanah milik En. Ingku Mengiat. Bangunan papan dan atap zink telah memberi keselesaan kepada anggota jemaat untuk beribadah.

Pada tahun 2007 Gereja PCS Bonduk telah di dibina semula dengan peruntukan RM35,000 dari Kerajaan Negeri Sabah dengan ukuran 24' x 50' dengan berbagai pengubahsuaian. Banguna konkrit, atap spandict dan lantai serta pentas di pasang seramik . Bangunan Gereja baru ini telah di rasmikan oleh YB Puan Jornah Mozihm. Amin