Tuesday, December 8, 2009

kebaktrian umum 6/12/2009

Kesaksian lagu dari kaum ibu



Pembawa firman Tuhan En. Marasun Garim Teks Yohanis 3 : 1-16
Edvent 2 : Lahir baru melalui pertaubatan dalam Yesus Kristus

Ringkasn kotbah :

1. Kelahiran yesus mengenapi rencana penyelamatan Allah
2. Nabi Yesaya telah menubuatkan kelahiran Yesus 700 tahun sebelum kelahiran Yesus
3. semua manusia telah berdosa dan upah dosa adalah maut (Roma 6:23)
4. Manusia perlu bertoubat untuk di selamatkan melalui Yesus Kristus
5. Manusia perlu ada lahir baru untuk selamat dan itulah tuntutan Allah kepada kita
dan itulah ajaran Yesus bukan saja kita dibaptis air tetapi juga baptisan oleh Roh
6. Sempena memperingati kelahiran yesus Allah menuntutkita agar iman percaya kita
sentiasa diperbaharui dan di segarkan sambil kita menantikan kedatangan Yesus yang
kedua kali


Pemimpin kebaktian cik Mahani KInsim & backup singer belia
En. Majuning berdoa bagi anak-anak sekolah minggu

Thursday, December 3, 2009

kebaktian umum 29/11/2009




Kesaksian lagu belia : Tajuk : Ada satu sobatku

Penyampai firman Tuhan En. Majuning Bidin. Teks Yesaya 7: 14-16
Nubuatan Nabi Yesaya tentang kelahiran mesiah.

1. Kelahiran Yesus sudah dinubuatkan oleh Nabi Yesya 700 Tahun sebelum Yesus lahir
2. Dosa yang diwarisi dari manusia pertama iaitu Adam menjadikan manusia terpisah dan hilang kemuliaan Allah . Kejadian Allah berfirman Janganlah kamu makan buah pengetahuan kerana bila kamu memakanya pastilah kamu akan mati.( Kejadian 3:3) Kerana upah dosa adalah maut(Roma 3:23 & Roma 6:23)
3. Kelahiran yesus adalah karya penyelamatan Allah yang semporna. (Yohanis 3: 16)
4. Kematian yesus di kayu salib adalah membayar lunas dosa manusia dan membuat perdamaian diantara Allah dan Manusia
5. Kebangkitan Yesus adalah gambaran kehidupan orang yang percaya kepada Yesus akan dibangkitkan dan hidup disorga di rumah yang telah disediakan Yesus kepada kita orang -orang percaya yang ada lahir baru dan bertekun dan bertahan sampai kedatangan Yesus yang kedua kali.

En. Majuning berdoa bagi pengampunan dosa
En. Sani sedang berdoa bagi ASM dan doa permulaan kebaktian
Pemimpin kebaktian Pn. Mailin Soborong.backup singer belia dan muzik team 2

Sunday, November 22, 2009

UNDANGAN MENGHADIRI KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

UNDANGAN KE KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

Tema : TRANFORMASI UTARA SABAH
Pengkotbah :
Pdt. Handry Simbolon
(Gereja Bethel Mawarsaron, Indonesia)

&

Pdt. Drs Ibrahim Sampe, M.S
(Pendiri dan Ketua Pelayanan Alhayat Sulawasi, Indonesia)


Tarikh : 09, 10 dan 12 Hb Disember, 2009
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Dewan Majihi Bandis Pekan Baru Matunggong

Kehadiran Anda dialu-alukan

JIka ada pertanyaan sila berhubung dengan penama berikut :
1. Pst. Rubin Ojimbal - 0148612666
2. En. Janaik Mogesal - 0198308289
3. En. Majuning Bidin - 0143509822
4. TPk Lius Moujil - 0148657427
5. TPK Kansuh Ipon - 0148740578
6. Pst. Jerri Mulihim - 0138630806
7. Pst. Miun holobon - 0195888897
8. En. Silas Attin - 0195544765


Kebaktian umum 22/11/2009

Kesaksian lagu dari kaum bapa

En. Jolius Bidin Sedang menyampaikan Firman Tuhan 2 Kolose : 6 & 7


Tema : Kehidupan yang semporna

Intipati Kotbah : Di zaman moden ini banyak godaan, banyak kesibukan dan berbagai pencobaan yang di datangkan Iblis untuk memesong iman percaya kita kepada Kristus
maka kalau iman kita lemah maka kita akan terjerumus dalam alam kebinasaan. Perlu kita sedari bahawa tanpa kristus kehidupan kita adalah sia-sia. Kebangkitan Yesus dari kematian adalah gambaran kehidupan kita yang penuh kasih dan anugerah keselamatan dari Allah. Semua agama didunia ini berdasarkan kepada pahala melalui perbuatan baik. tetapi dalam kristian keselamatan melalui iman percaya, lahir baru dan anugerah melalui pertaubatan dalam kristus.

Kehidupan yang semporna dalam jemaat memerlukan komitment dan perubahan dalam cara hidup sesuai dengan tuntutan Firman Tuhan. Disin di gariskan beberapa perkara atau tindakan yang perlu kita buat iaitu :
1. Jemaat kristus perlua ada kerjasama
2. Perlua ada kesatuan dalam jemaat
3. Hidup yang harmoni dan ada damai sejahtera
4. Ada kerukunan dalam setiap keluarga
5. Anggota jemaat bersifat rendah diri di hadapan Tuhan dan Pemaaf
6. Ada kasih sesama manusia
7. Sentiasa mengucap syukur
8. Bertekun dan bertumbuh dalam iman

Tuhan Memberkati. Amin




EN. Sani Berdoa bagi pengampunan dosa

En. Jolius sedang berdoa khusus bagi anak-anak sekolah Minggu
Pemimpin kebaktian Cik Denina Agnes Ositak, muzik tean 4 & backup singer bapa

Tuesday, November 17, 2009

Kebaktian Umum 15/11/2009

Pelayanan doa dibantu oleh pemimpin Jemaat PCS Bonduk

En. Jiun berdoa khusus bagi mereka yang ada masalah kesihatan

En. Jiun Tangalung dari Gereja GISS sedang menyampaikan Firman Tuhan

Tema : Tanggungjawap pemimpin gereja dan anggota Jemaat

Salah satu tanda akhir zaman ialah manusia semakin sibuk sehingga melupakan Tuhan
Manusia hari ini tidak ada yang terkecuali sibuk mengumpul kekayaan, kemewahan , pekerjaan dan sibuk dengan talipon bimbit.

Sehubungan itu pemimpin gereja mempunyai satu tanggung jawap yang berat untuk membimbing anggota jemaat kembali kepada kehidupan Rohani sesuai dengan Firman Tuhan.

Tanggungjawap seorang pemimpin

1. Pemimpin harus berubah . Kalau pemimpin gereja sendiri merokok, pemabuk, pemarah, tidak jujur, pendengki, tiada disiplin dan berbagai sifat yang bertentangan dengan Firman Tuhan maka bagaimana mungkin anggota jemaat boleh di ubah.
2. Pemimpin mesti melayani Tuhan iaitu melalui doa, membaca firman Tuhan dan Puasa.
3. Pemimpin mesti dekat dengan Allah
4. Pemimpin mesti ada urapan
5. Pemimpin jangan sekali-kali mencuri kemuliaan Tuhan

Tanggungjawap Anggota Jemaat.

Matius 15: 8 Bangsa ini memuliakan aku dengan bibirnya, pada hal hati nya jauh dari padaku

Ada anggota jemaat yang mencuri hari tuhan hari minggu bukan datang ke Gereja tapi pergi berniaga, sabung ayam dan melakukan pekerjaan sendiri. Ada juga yang datang ke gereja tapi di gereja pun fikiran tidak tertumpu pada firman Tuhan tapi memikirkan hal-hal duniawi dan kekuatiran dunia.

1. Anggota jemaat harus rajin berdoa dan membaca Alkitab
2. Mesti rajin ke gereja dan melibatkan diri dalam apa juga aktivi gereja
3. Mempunyai sifat pemaaf
4. Jadi pemimpin dalam setiap keluarga

Tuhan Memberkati



En. Sani berdoa bagi pengampunan dosa
Penatua Gereja En. Majuning Bidin berdoa bagi kanak-kanak ASM

Monday, November 16, 2009

Derma Kebangunan Rohani

Gereja PCS bonduk telah menghulurkan derma RM150.00 untuk dana penginjilan iaitu
Kebaktian Kebangunan Rohani yang bertema : Transformasi Borneo utara Sabah
Yang akan di adakan di Dewan Majihi, pekan Baru Matunggong pada 8-10/12/2009 bermula
7.00 malam setiap malam sahaja. Penghotbah undangan Pdt Hendry simbolon dari indonesia.

KKR ini adalah gabungan berbagai denominasi gereja yang ada di utara Sabah bertujuan untuk mengeratkan hubungan berbagai gereja sebagai tubuh kristus dan membangun kehidupan sesuai dengan firman Tuhan pada hari-hari terakhir ini.

Saudara/i dijemput hadir.... Tuhan memberkati

Teks Alkitab kebaktian umum 8/11/2009

Roma 8 :9-10

Tema : Kemenderian Gereja Tanggungjawap kita

Sub-Tema : Hidup oleh Roh

Mereka yang hidup dalam daging,tidak mungkin berkenaan kepada Allah. Tetapi kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah diam didalam kamu. Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik kristus. Tetapi jika Kristus ada di dalam kamu, maka tubuh memang mati kerana dosa, tetapi Roh adalah kehidupan oleh kerana kebenaran.

Sunday, November 1, 2009

Sumbangan dan ucapan Takziah

Majlis Gereja PCS Bonduk merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam bencana Gempa bumi di Sumatra Indonesia. Atas sokongan solidariti Masyarakat sejagat, pelayanan kasih dan sokongan ke atas usaha Gereja PCS pusat untuk mengumpul dana untuk membantu mansa-mansa terlibat. Maka Gereja PCS Bonduk telah menyumbang RM200.00.

Majlis gereja merakamkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang telah memberi sumbangan peribadi. Tuhan Memberkati

Kebaktian Umum 1/11/2009

Doa persembahan : Penatua En. Majuning Bidin

Doa safaat dipimpin oleh Pn. Inonsiha Uhou bersama pemimpin gereja

Penyampai Firman Tuhan : Pn. Inonsiha Uhou

Teks : Efesus 1 : 1-14
Tema : Bersyukur sebagai umat yang terpilih

Siapakah umat pilihan Allah? Keluaran 19 :5 Jadi sekarang jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firmanku dan berpegang pada perjanjianku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan ku sendiri dari antara segala bangsa. sebab akulah yang empunya seluruh bumi.

Orang Yahudi ada umat pilihan Allah. Namun kita dari bangsa-bangsa lain bersyukur kerana karya penyelamatan dan Kasih Allah kepada Manusia Rujuk : Yohanis 3 :16

Umat yang terpilih adalah mereka yang percaya kepada Yesus, taat setia dan menjalani hidup yang kudus. (Yohanis 3:36)

Tanggung Jawab kita sebagai umat yang terpilih:

1. Memberitakan amanat agung Tuhan Yesus( Menginjil)
2. Mendorong dan membaharui kehidupan kristian(Revival)
3. Memelihara hidup dalam kekudusan
4. Menjadi saksi kebenaran firman Allah
5. Mengucapsyukur sentiasa
6. Setia sampai mati

Kesimpulan : Bersyukurlah kepada Tuhan dalam apa juga keadaan, tetaplah bertahan dalam iman percayamu kerana kasih karunia allah yang telah memilih kamu sebagai umat pilihan Allah. Amin

Kesaksian lagu dari belia

En. Sani berdoa bagi pengampunan dosa

Pemimpin Pujian En. Teofilus Ongumpi, Backup singer Belia , muzik team 2


Pemimpin kebaktian En. Teofilus sebak sewaktu doa pembukaan

Wednesday, October 28, 2009

Kebaktian Umum 25/10/2009

Kesaksian lagu dari bapa-bapa , Aku mau cinta Yesus selamanya.

Pembawa Firman Tuhan En. Sani Angak Menggantikan TPK. Kansuh Ipon

Tekas :Yohanis 6 :25-35 Ketika orang banya menemukan Yesus di seberang laut itu, mereka berkata kepadanya: Rabi bilamana engkau tiba di sini? Yesus menjawap mereka " Aku berkata kepadamu, sesungguhnya kamu mencari Aku bukan kerana kerena kamu telah melihat tanda-tanda melainkan kerana kamu telah makan roti itu dan kamu kenyang. Bekerjalah , bukan untuk makanan yang akan dapat binasa, melainkan untuk makanan yang bertahansampai kepada hidup yan g kekal, yang akan diberikan Anak Manusia kepada mu: sebab dialah yang disahkan oleh Bapa , Allah dengan meterainya.Lalu kata mereka kepadanya'
Apakah yang harus kami perbuat,supaya kami mengerjakan pekerjaan yang dikehendaki Allah?
Jawap Yesus kepada mereka,"Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah, iaitu hendaklah kamu percaya kepada dia yang telah diutus Allah"...........bersambung

Anak-anak sekolah Minggu sedang di doakan


Pemimpin kebaktian En. Jolius Bidin

Wednesday, October 14, 2009

Kebaktian Umum18/10/2009

Pemimpin kebaktian Cik Magglie Felin Timpui
Anak-anak ASM sedang didoakan sebelum bermula kebaktian
Pemuzik team 4, backup singer belia
Kesaksian lagu oleh kaum Ibu
En. Jealin Mozihim sedang menyampaikan Firman Tuhan

Teks : Galatia 5 : 7-15

Tema Umum : Kemendirian gereja tanggung jawap kita

Sub-tema :Kebebasan orang kristian yang sejati

Pengenalan

Surat Paulus kepada Jemaat Galatia di tulis pada tahun 49Masihi ia mengupas 2 pertanyaan yang menjadi persoalan jemaat pada masa itu.

1) Apakah Iman kepada Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat itu satu-satunya syarat untuk selamat?

2)Apa ketaatan kepada upacara dan peraturan dalam hukum Taurat dari Perjanjian lama di perlukan untuk memperolehi keselamatan dalam Kristus?

Paulus menegur orang Galatia yang mudah tertipu.( Gal 1:6 & Gal 3 :1) Paulus Seterusnya menjelaskan perihal keselamatan yang sebenarnya.

Kita semua dapat beroleh keselamatan bukan melalui hukum Taurat, melainkan karena kasih karunia Tuhan kepada kita. Oleh karena itu baiklah kita semua berjaga-jaga janganlah kita sampai kehilangan kasih karunia itu.

Tanda-tanda orang yang kehilangan kasih karunianya.

1. Kehilangan rasa syukur.

Kasih karunia yang bahasa Inggrisnya adalah "grace" adalah di layak-kan untuk menerima sesuatu yang sebenarnya seseorang tidak layak menerimanya. Orang yg menerima kasih karunia penuh dengan ucapan syukur kepada Tuhan. Ketika seseorang mulai kehilangan kasih karunianya, dia mulai kehilangan rasa syukurnya dan mulai banyak menghakimi orang lain.

2. Kehilangan damai sejahtera.

Damai sejahtera yang berasal dari kata "shallom" berarti harmoni. Untuk punya damai sejahtera dalam hidup ini seseorang harus mempunya harmoni dengan:

  • Tuhan.
  • Diri sendiri.
  • Orang lain.
  • Nature (ciptaan Tuhan).

3. Kehilangan kasih mula-mula (Wahyu 2:4-5).

Jemaat di Effesus mendapatkan pujian karena semua yang mereka lakukan dalam pelayanan dan ibadah mereka sudah baik, tetapi walaupun begitu mereka mendapat teguran karena mereka telah kehilangan kasih mula-mula mereka pada Tuhan. Salah satu tanda kasih adalah rasa rindu pada yg dikasihi. Kalau kita sudah tidah lagi selalu merinduhkan berhubungan dengan Tuhan, berarti kita sudah mulai kehilangan kasih mula-mula kita pada Tuhan.

4. Kehilangan beban bagi yang terhilang (Kisah 5:42).

Misi utama Tuhan Yesus datang ke dunia ini adalah untuk menyelamatkan orang-orang yang terhilang. Dan itu juga adalah amanat agung Tuhan Yesus kepada kita semua. Jangan sampai kita kehilangan "passion for the lost", dan tidak peduli lagi kalau orang lain binasa.

Kristus memanggil kita untuk merdeka dan lepas dari belenggu dosa dan penyesatan Iblis. Bila hidup lama menuruti tabiat dosa, sekarang kita dimampukan untuk menolak perbuatan dosa. Bila dulu kita hidup pentingkan diri sendiri, sekarang kita dimampukan untuk menyenangkan Allah. Kita dimerdekakan dari penyesatan Iblis, sehingga kita bertumbuh dalam kebenaran oleh bimbingan Roh Kudus.

Marilah kita semua menyelidiki diri kita sendiri masing-masing, adakah diantara kita yang telah kehilangan rasa syukur, damai sejahtera, kasih mula-mula, atau beban bagi yang terhilang. Kalau dari empat itu ada yang terhilang, baiklah secepetnya kita kembali pada kasih karuniah Tuhan dan berjaga-jagalah

Tuhan Yesus memberkati.

Sunday, October 11, 2009

Kebaktian Umum 11/10/2009

Pengkotbah En. Majuning Bidin berdoa untuk penutupan kebaktian
ASM Gereja PCS Bonduk sedang menyampaikan kesaksian lagu, Awas Semson
ASM Gereja PCS Garau sedang menyampaikan 2 kesaksian lagu, Kasih Yesus & Aku bergirang
Pembawa Firman Tuhan : En. Majuning Bidin
Teks Kotbah : 2 Tesolanika 2 : 13-17
Akan tetapi kami harus selalu mengucap syukur kepada Allah kerana kamu, saudara-saudara, yang dikasihi Tuhan, sebab Allah dari mulanya telah memilih kamu untuk diselamatkan dalam Roh yang menguduskan kamu dan dalam kebenaran yang kamu percayai. Untuk itulah ia telah memangil kamu oleh injil yang kami beritakan, sehingga kamu boleh memperolehi kemuliaan Yesus Kristus, Tuhan kita. Sebab itu berdirilah teguh dan berpeganglah pada ajaran-ajaran yang kamu terima dari ajaran-ajaran yang kamu terima dari kami. baik secara lisan, mahupun secara bertulis. Dan ia, Tuhan kita Yesus Kristus, dan Allah Bapa kita, yang dalam kasih karunianya telah mengasihi kita dan telah menganugerahkan penghiburan abadi dan pengharapan baik bagi kita. Kiranya menghibur dan menguatkan hatimu dalam pekerjaan dan perkataan yang baik.


Tema Umum : Kemendirian Gereja Tanggungjawab kita
Sub-tema : Berpegang Teguh kepada kebenaran Firman Tuhan

Ringkasan Kotbah

Kita semua yang percaya kepada Yesus telah dipilih untuk di selamatkan kerana kasih karunia Allah, Tindakan kita untuk meraih keselamatan iaitu kita harus berpegang kepada kebenaran Firman Tuhan. Dalam Alkitab banyak contoh yang gagal berpegang kepada kebenaran Firman Tuhan:
i) Adam dan Hawa manusia pertama yang dipilih Allah tetapi tewas dalam godaan iblis.
ii) Kain Anak pertama Adam juga gagal berpegang kepada kebenaran Firman Tuhan kerana amarah dan hasad dengki sehingga ia berdosa membunuh adiknya Habe
iii) Hananias dan Safira meninggal kerana mendustai Roh Kudu

Merka yang dipilih Tuhan, bertaubat dan terus berpegang kepada kebenaran Firman Tuhan dapat melaksanakan perkara yang luarbaias.
i) Paulus di jamah Tuhan dan di selamatkan. Perubahan total dari kehidupan Saul dari seorang yang menganiaya orang kristian kepada seorang saksi Yesus yang berani dalam memberitakan Firman Tuhan.
ii) Abraham seorang yang berpegang teguh kepada Firman Tuhan sabar dan setia dalam menati janji Allah dimana pada masa usianya sudah tua baru mendapat keturunan iaitu Ishak. Pun begitu ia di uji lagi agar Ishak di jadikan sebagai persembahan korban. Abraham melaksanakan tuntutan Allah dan disaat Ishak mahu dikorbankan Allah mencegah Abraham seterus nya menyediakan lembu jiantan sebagai gantinya.

1 Korintus 3: 16 Tidak tahukah kamu, bahawa kamu adalah bait Allah dan Roh Allah diam didalam kamu