.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tema : Tanggungjawap pemimpin gereja dan anggota Jemaat
Salah satu tanda akhir zaman ialah manusia semakin sibuk sehingga melupakan Tuhan
Manusia hari ini tidak ada yang terkecuali sibuk mengumpul kekayaan, kemewahan , pekerjaan dan sibuk dengan talipon bimbit.
Sehubungan itu pemimpin gereja mempunyai satu tanggung jawap yang berat untuk membimbing anggota jemaat kembali kepada kehidupan Rohani sesuai dengan Firman Tuhan.
Tanggungjawap seorang pemimpin
1. Pemimpin harus berubah . Kalau pemimpin gereja sendiri merokok, pemabuk, pemarah, tidak jujur, pendengki, tiada disiplin dan berbagai sifat yang bertentangan dengan Firman Tuhan maka bagaimana mungkin anggota jemaat boleh di ubah.
2. Pemimpin mesti melayani Tuhan iaitu melalui doa, membaca firman Tuhan dan Puasa.
3. Pemimpin mesti dekat dengan Allah
4. Pemimpin mesti ada urapan
5. Pemimpin jangan sekali-kali mencuri kemuliaan Tuhan
Tanggungjawap Anggota Jemaat.
Matius 15: 8 Bangsa ini memuliakan aku dengan bibirnya, pada hal hati nya jauh dari padaku
Ada anggota jemaat yang mencuri hari tuhan hari minggu bukan datang ke Gereja tapi pergi berniaga, sabung ayam dan melakukan pekerjaan sendiri. Ada juga yang datang ke gereja tapi di gereja pun fikiran tidak tertumpu pada firman Tuhan tapi memikirkan hal-hal duniawi dan kekuatiran dunia.
1. Anggota jemaat harus rajin berdoa dan membaca Alkitab
2. Mesti rajin ke gereja dan melibatkan diri dalam apa juga aktivi gereja
3. Mempunyai sifat pemaaf
4. Jadi pemimpin dalam setiap keluarga
Tuhan Memberkati
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment