Sunday, November 22, 2009

Kebaktian umum 22/11/2009

Kesaksian lagu dari kaum bapa

En. Jolius Bidin Sedang menyampaikan Firman Tuhan 2 Kolose : 6 & 7


Tema : Kehidupan yang semporna

Intipati Kotbah : Di zaman moden ini banyak godaan, banyak kesibukan dan berbagai pencobaan yang di datangkan Iblis untuk memesong iman percaya kita kepada Kristus
maka kalau iman kita lemah maka kita akan terjerumus dalam alam kebinasaan. Perlu kita sedari bahawa tanpa kristus kehidupan kita adalah sia-sia. Kebangkitan Yesus dari kematian adalah gambaran kehidupan kita yang penuh kasih dan anugerah keselamatan dari Allah. Semua agama didunia ini berdasarkan kepada pahala melalui perbuatan baik. tetapi dalam kristian keselamatan melalui iman percaya, lahir baru dan anugerah melalui pertaubatan dalam kristus.

Kehidupan yang semporna dalam jemaat memerlukan komitment dan perubahan dalam cara hidup sesuai dengan tuntutan Firman Tuhan. Disin di gariskan beberapa perkara atau tindakan yang perlu kita buat iaitu :
1. Jemaat kristus perlua ada kerjasama
2. Perlua ada kesatuan dalam jemaat
3. Hidup yang harmoni dan ada damai sejahtera
4. Ada kerukunan dalam setiap keluarga
5. Anggota jemaat bersifat rendah diri di hadapan Tuhan dan Pemaaf
6. Ada kasih sesama manusia
7. Sentiasa mengucap syukur
8. Bertekun dan bertumbuh dalam iman

Tuhan Memberkati. Amin




EN. Sani Berdoa bagi pengampunan dosa

En. Jolius sedang berdoa khusus bagi anak-anak sekolah Minggu
Pemimpin kebaktian Cik Denina Agnes Ositak, muzik tean 4 & backup singer bapa

No comments:

Post a Comment