Sunday, November 22, 2009

UNDANGAN MENGHADIRI KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

UNDANGAN KE KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

Tema : TRANFORMASI UTARA SABAH
Pengkotbah :
Pdt. Handry Simbolon
(Gereja Bethel Mawarsaron, Indonesia)

&

Pdt. Drs Ibrahim Sampe, M.S
(Pendiri dan Ketua Pelayanan Alhayat Sulawasi, Indonesia)


Tarikh : 09, 10 dan 12 Hb Disember, 2009
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Dewan Majihi Bandis Pekan Baru Matunggong

Kehadiran Anda dialu-alukan

JIka ada pertanyaan sila berhubung dengan penama berikut :
1. Pst. Rubin Ojimbal - 0148612666
2. En. Janaik Mogesal - 0198308289
3. En. Majuning Bidin - 0143509822
4. TPk Lius Moujil - 0148657427
5. TPK Kansuh Ipon - 0148740578
6. Pst. Jerri Mulihim - 0138630806
7. Pst. Miun holobon - 0195888897
8. En. Silas Attin - 0195544765


Kebaktian umum 22/11/2009

Kesaksian lagu dari kaum bapa

En. Jolius Bidin Sedang menyampaikan Firman Tuhan 2 Kolose : 6 & 7


Tema : Kehidupan yang semporna

Intipati Kotbah : Di zaman moden ini banyak godaan, banyak kesibukan dan berbagai pencobaan yang di datangkan Iblis untuk memesong iman percaya kita kepada Kristus
maka kalau iman kita lemah maka kita akan terjerumus dalam alam kebinasaan. Perlu kita sedari bahawa tanpa kristus kehidupan kita adalah sia-sia. Kebangkitan Yesus dari kematian adalah gambaran kehidupan kita yang penuh kasih dan anugerah keselamatan dari Allah. Semua agama didunia ini berdasarkan kepada pahala melalui perbuatan baik. tetapi dalam kristian keselamatan melalui iman percaya, lahir baru dan anugerah melalui pertaubatan dalam kristus.

Kehidupan yang semporna dalam jemaat memerlukan komitment dan perubahan dalam cara hidup sesuai dengan tuntutan Firman Tuhan. Disin di gariskan beberapa perkara atau tindakan yang perlu kita buat iaitu :
1. Jemaat kristus perlua ada kerjasama
2. Perlua ada kesatuan dalam jemaat
3. Hidup yang harmoni dan ada damai sejahtera
4. Ada kerukunan dalam setiap keluarga
5. Anggota jemaat bersifat rendah diri di hadapan Tuhan dan Pemaaf
6. Ada kasih sesama manusia
7. Sentiasa mengucap syukur
8. Bertekun dan bertumbuh dalam iman

Tuhan Memberkati. Amin




EN. Sani Berdoa bagi pengampunan dosa

En. Jolius sedang berdoa khusus bagi anak-anak sekolah Minggu
Pemimpin kebaktian Cik Denina Agnes Ositak, muzik tean 4 & backup singer bapa

Tuesday, November 17, 2009

Kebaktian Umum 15/11/2009

Pelayanan doa dibantu oleh pemimpin Jemaat PCS Bonduk

En. Jiun berdoa khusus bagi mereka yang ada masalah kesihatan

En. Jiun Tangalung dari Gereja GISS sedang menyampaikan Firman Tuhan

Tema : Tanggungjawap pemimpin gereja dan anggota Jemaat

Salah satu tanda akhir zaman ialah manusia semakin sibuk sehingga melupakan Tuhan
Manusia hari ini tidak ada yang terkecuali sibuk mengumpul kekayaan, kemewahan , pekerjaan dan sibuk dengan talipon bimbit.

Sehubungan itu pemimpin gereja mempunyai satu tanggung jawap yang berat untuk membimbing anggota jemaat kembali kepada kehidupan Rohani sesuai dengan Firman Tuhan.

Tanggungjawap seorang pemimpin

1. Pemimpin harus berubah . Kalau pemimpin gereja sendiri merokok, pemabuk, pemarah, tidak jujur, pendengki, tiada disiplin dan berbagai sifat yang bertentangan dengan Firman Tuhan maka bagaimana mungkin anggota jemaat boleh di ubah.
2. Pemimpin mesti melayani Tuhan iaitu melalui doa, membaca firman Tuhan dan Puasa.
3. Pemimpin mesti dekat dengan Allah
4. Pemimpin mesti ada urapan
5. Pemimpin jangan sekali-kali mencuri kemuliaan Tuhan

Tanggungjawap Anggota Jemaat.

Matius 15: 8 Bangsa ini memuliakan aku dengan bibirnya, pada hal hati nya jauh dari padaku

Ada anggota jemaat yang mencuri hari tuhan hari minggu bukan datang ke Gereja tapi pergi berniaga, sabung ayam dan melakukan pekerjaan sendiri. Ada juga yang datang ke gereja tapi di gereja pun fikiran tidak tertumpu pada firman Tuhan tapi memikirkan hal-hal duniawi dan kekuatiran dunia.

1. Anggota jemaat harus rajin berdoa dan membaca Alkitab
2. Mesti rajin ke gereja dan melibatkan diri dalam apa juga aktivi gereja
3. Mempunyai sifat pemaaf
4. Jadi pemimpin dalam setiap keluarga

Tuhan Memberkati



En. Sani berdoa bagi pengampunan dosa
Penatua Gereja En. Majuning Bidin berdoa bagi kanak-kanak ASM

Monday, November 16, 2009

Derma Kebangunan Rohani

Gereja PCS bonduk telah menghulurkan derma RM150.00 untuk dana penginjilan iaitu
Kebaktian Kebangunan Rohani yang bertema : Transformasi Borneo utara Sabah
Yang akan di adakan di Dewan Majihi, pekan Baru Matunggong pada 8-10/12/2009 bermula
7.00 malam setiap malam sahaja. Penghotbah undangan Pdt Hendry simbolon dari indonesia.

KKR ini adalah gabungan berbagai denominasi gereja yang ada di utara Sabah bertujuan untuk mengeratkan hubungan berbagai gereja sebagai tubuh kristus dan membangun kehidupan sesuai dengan firman Tuhan pada hari-hari terakhir ini.

Saudara/i dijemput hadir.... Tuhan memberkati

Teks Alkitab kebaktian umum 8/11/2009

Roma 8 :9-10

Tema : Kemenderian Gereja Tanggungjawap kita

Sub-Tema : Hidup oleh Roh

Mereka yang hidup dalam daging,tidak mungkin berkenaan kepada Allah. Tetapi kamu tidak hidup dalam daging, melainkan dalam Roh, jika memang Roh Allah diam didalam kamu. Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik kristus. Tetapi jika Kristus ada di dalam kamu, maka tubuh memang mati kerana dosa, tetapi Roh adalah kehidupan oleh kerana kebenaran.

Sunday, November 1, 2009

Sumbangan dan ucapan Takziah

Majlis Gereja PCS Bonduk merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam bencana Gempa bumi di Sumatra Indonesia. Atas sokongan solidariti Masyarakat sejagat, pelayanan kasih dan sokongan ke atas usaha Gereja PCS pusat untuk mengumpul dana untuk membantu mansa-mansa terlibat. Maka Gereja PCS Bonduk telah menyumbang RM200.00.

Majlis gereja merakamkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang telah memberi sumbangan peribadi. Tuhan Memberkati

Kebaktian Umum 1/11/2009

Doa persembahan : Penatua En. Majuning Bidin

Doa safaat dipimpin oleh Pn. Inonsiha Uhou bersama pemimpin gereja

Penyampai Firman Tuhan : Pn. Inonsiha Uhou

Teks : Efesus 1 : 1-14
Tema : Bersyukur sebagai umat yang terpilih

Siapakah umat pilihan Allah? Keluaran 19 :5 Jadi sekarang jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firmanku dan berpegang pada perjanjianku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan ku sendiri dari antara segala bangsa. sebab akulah yang empunya seluruh bumi.

Orang Yahudi ada umat pilihan Allah. Namun kita dari bangsa-bangsa lain bersyukur kerana karya penyelamatan dan Kasih Allah kepada Manusia Rujuk : Yohanis 3 :16

Umat yang terpilih adalah mereka yang percaya kepada Yesus, taat setia dan menjalani hidup yang kudus. (Yohanis 3:36)

Tanggung Jawab kita sebagai umat yang terpilih:

1. Memberitakan amanat agung Tuhan Yesus( Menginjil)
2. Mendorong dan membaharui kehidupan kristian(Revival)
3. Memelihara hidup dalam kekudusan
4. Menjadi saksi kebenaran firman Allah
5. Mengucapsyukur sentiasa
6. Setia sampai mati

Kesimpulan : Bersyukurlah kepada Tuhan dalam apa juga keadaan, tetaplah bertahan dalam iman percayamu kerana kasih karunia allah yang telah memilih kamu sebagai umat pilihan Allah. Amin

Kesaksian lagu dari belia

En. Sani berdoa bagi pengampunan dosa

Pemimpin Pujian En. Teofilus Ongumpi, Backup singer Belia , muzik team 2


Pemimpin kebaktian En. Teofilus sebak sewaktu doa pembukaan