Saturday, September 12, 2009

Sejarah Gereja PCS Bonduk


Sejarah Jemaat PCS Bonduk

Pada tahun 1967 beberapa keluarga telah menjadi orang kristian iaitu keluarga mendiang En. Tangalung Baju, En. Mongimbal Jangka, En. Bilukon Minjam, En. Magab Dawah dan En. Lekuh Minjam. Pada masa tersebut tidak ada gedung Gereja maka kebaktian hari minggu diadakan di rumah panjang Kg. Bonduk

Pada penghujung tahun 1968 sebuah gereja berukuran 10' x 12' telah didirikan dan En. Majatig yang menjadi pelayan Gereja. Tahun 1969 lebih separuh penduduk Kampung Bonduk telah menjadi Kristian.

Pada Tahun 1970 atas bantuan missioari dari Station PCS Sikuati
maka satu bangunan Gereja PCS Bonduk berukuran 20' X 30' telah dibina di tapak tanah Gereja PCS Bonduk, di mana pada masa ini telah dijadikan sebagai Tanah Perkuburan orang-orang Kristian Kg. Bonduk.

Kedudukan Gereja pada masa itu agak jauh dari rumah-rumah penduduk kampung Bonduk ini kerana semasa pembinaan gereja tersebut bukan sahaja penduduk dari Kg. Bonduk yang datang beribadah ke Gereja PCS Bonduk tetapi juga dari kampung berhampiran iaitu dari Kg. Garau dan Kg. Nongkul

Pada tahun 1990 Jemaat PCS Bonduk telah mendapat sebuah gereja baru berukuran 24' x40' peruntukan dari Kerajaan Negeri Sabah dan didirikan di tanah milik En. Ingku Mengiat. Bangunan papan dan atap zink telah memberi keselesaan kepada anggota jemaat untuk beribadah.

Pada tahun 2007 Gereja PCS Bonduk telah di dibina semula dengan peruntukan RM35,000 dari Kerajaan Negeri Sabah dengan ukuran 24' x 50' dengan berbagai pengubahsuaian. Banguna konkrit, atap spandict dan lantai serta pentas di pasang seramik . Bangunan Gereja baru ini telah di rasmikan oleh YB Puan Jornah Mozihm. Amin


No comments:

Post a Comment